Isnin, 16 Februari 2009

Tanamkan Roh Islam pada Anak2 kita...

Tanamkan Roh Islam Pada Anak2


Assalamualaikum.....

Sahabat-sahabat yg dikasihi,

Anak adalah anugerah Tuhan yg cukup bermana kepada kita yg bergelar ibu dan ayah.Anak juga
merupakan penyeri rumahtangan kita dengan tangisan, gelak tawa mereka.Pada masa yg sama juga kita
tak dapat lari dari diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai kerenah mereka, adakalanya hilang sabar
dibuatnya.

Di sini ingin saya kongsi bersama apa yg saya perolehi dari usrah yg disampaikan oleh ustazah. Apa
yg menariknya adalah penerapan nilai-nilai islam terhadap anak-anak dari kecil lagi.

Tahu tak ?

Apabila anak-anak kita buat sesuatu yg kita tak suka, apa yg kita cakap.Kita akan cakap "umi tak
suka kak buat macam tu". betul tak ?

Pernah tak kita cakap kat dia bahawa Allah tak suka kak buat macam tu dan kalau Allah tak suka umi
pun tak suka.

Kenapa?

Apabila kita megatakan Allah tak suka, dia akan meletakkan sampai bila-bila, sampai besar dan
keluar dari rumah apa yang dibuat yg menyebabkan apa-apa perkara yg terutamanya org tak suka
lagi-lagi perkara yg Allah tegah dia akan ingat Allah akan benci.Bezanya pula kalau kita hanya
cakap umi tak suka, tapi apabila ia keluar dari rumah dan melakukan apa-apa perkara yg tak baik
dia akan fikir "ala tak pe umi aku tak de" dengan sewanag-wenangnya dia boleh buat sesuka hati.

Pernah tak ?

Apabila anak-anak kita yg berusiah 1-5 thn, pernah tak kita menceritakan pada mereka tentang
Kewujudan Allah dan kemulian Nabi Muhammad s.a.w. Kalau difikirkan nak ceritakan mengenai Allah
dan Rasuluallah bukannya dia orang tu faham sangat. Tapi kita kena cerita tentang kebesaran Allah
dan Muhammad itu supaya dijadikan contoh dan ikutan yg baik.Memanglah bila kita cerita dia akan
tanya seribu satu persoalan yg rasanya sukar untuk kita jawab. sebagai seorang ibu yg baik kita
kenalah menjawab dengan cara yg terbaik yg mudah anak-anak kita faham.

Sebab....

Apabila kita menceritakan tentang kewujudan Allah dan kebesaran serta kemulian Nabi Muhammad
kepada mereka dari kecil lagi akan memudahkan mereka memahami atau lebih excited lagi bila
cikgunya mengajar Tauhid, akidah, akhlak dll sebab dia dah tahu .Berbezalah pula dengan anak-anak
yg hanya belajar disekolah dan mendengar apa yang diajar oleh cikgunya sahaja. Dia akan
terpinga-pinga sebab masa kat sekolah baru belajar. Jika kita ajar ank-anak kita dari awal lagi
dan ditambah disekolah dia akan lagi seronok nak tahu lagi dan lagi...

Perasan tak?

Bila kita suruh anak kita ambil barang kat dlm bilik ke dapur ke sorang-sorang dia kata "tak nak
takut ada hantu".sebab apa jadi gitu. Perasan tak kadang-kadang bila kita tak nak anak kita pergi
kesesuatu tempat, kita akan cakap " gilah gi...gi ambilah momok tu, ha... ada hantu kat situ".
Sebenarnya kita yg mengajar anak kita pasal tu, betul tak?.

Jadi...

Tanamkan dalam fikiran anak-anak kita supaya sebut nama Allah dan baca Bismillah hirohmannirahim
apabila dia takut untuk pergi tempat yg dirasa ada hantu. Cakap dengan dia "kalau kak baca
Bismillah banyak kali tentu tak ade hantu".Dengan pujukan kita yg baik dia akan pergi dengan
lintang pukang untuk ambil barang yg disuruh.Jadi bila dia dah selamat mengambil barang tu,
tanyalah kat dia "ha.. ada tak hantu", tentu dia cakap "yelah umi tak ada hantulah pun". So dari
situlah kita akan cakap bahawa Allah tu ada kat mana-mana dan akan tolong kita.

So, itu saja yg ana boleh sampaikan untuk renungan kita bersama.Marilah kita sama-sama untuk
menjadi seorang ibu yg baik.

Didiklah anak kita dengan nilai-nilai islam, sebab jika kita tak didik anak-anak kita dengan
nilai-nilai islam cuba kita lihat dunia hari ini semakin mengongcan dan bergegar dengan pelbagai
jenis penyakit sosial.

Walaupun kadang-kadangnya ada diantara kita boleh dikatakan dah didik anak dengan cara islam
tapi,environment diluar sana tu yg menyebabkan mereka terpengaruh, siap yg harus
dipersalahkan?.Apa yg pentingnya adalah kita kena usaha dan berdoa dan terus berdoa supaya
anak-anak kita tergolong dikalangan anak-anak yg soleh dan solehah.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan