Khamis, 12 Februari 2009

Assalamualaikum...

Buat renungan untuk diri ...sahabat2 muslimat & juga
muslimin...

ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN
SUAMI

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang
cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan
dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang,
damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di
akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu
yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga.
Itlah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada
dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan
bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya
isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan
berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan
diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan
ia banyak membantu perjuangan suami. Isteri yang
cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus
rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam
bertindak jika
ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang
begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia
pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi
dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang
hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa
memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila
berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang
berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak
isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan
dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan
senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa
mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka
bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai
dirinya disisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari
kalangan cendiakawan(cerdik pandai). Bukan sahaja
cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping
cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu.
Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari
iman. Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana
cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri
banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam
sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara
mereka, biajak pula dan selalu disebut-sebut oleh
Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha.
Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi
kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan
dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala waniat-wanita akhir zaman ini memiliki
sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu
digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa
sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga
wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi
bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan
Allah. Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di
hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas
untuk ketempat kerja, menghadiri majlis social, lincah
berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan
sebagainya.Ini bukan waniat cerdik.

Waniat cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai
membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia
terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami,
bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak
mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban
apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri
semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami
gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami
ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan
jiwanya terpaksa bermujahadah. Waniat cerdik berjiwa
merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia,
syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah
waniat cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya
pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas
ketangan Rasulullah. Syaditina Aisyah
sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah
bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua
cerdik ) pernah menjadi kepada isteri
kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini
Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat
baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang
lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum
berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan
dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.


Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang.
Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah
kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan,
seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ),
tetapi tidak pada juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup
berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan,
dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa
tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang
lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan
diperisterikan. Buakn panik dan takut hanya kerana
seekor lipas!

Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon
isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon
kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh
melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang
berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu
ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba
menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar
kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap
bulan.

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang
up-to-date yang berpakain ikut trend,make-up tebal,
rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami
dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak
kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang
diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus
sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh
rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga,
kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih
berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.

Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih
wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah
lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata.
Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat
memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya
dapat dapat membantu baginda dan perjuangan
Islam.Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia
mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang
diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling
memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan
baik, dapat menerima bauh fikiran suami dan
disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan
dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak
melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila
dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat
berperanan sedemikian disisi suami yang berwatak
pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi,
suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk
berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan
anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu.
Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami
tidak suka duduk di ruamh. Apatah lagi kalau isteri
itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami,
tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.Untuk
berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu
faham dan kehendak. Perlu faham ‘mood’ suami.
Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila
ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami
ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu
dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati
kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.

Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik.
Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak
sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan
kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan
direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan
terjadi suami lebih gemar makan diluar dari makan
masakan isteri sendiri.Isteri yang terlalu lurus juga
tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang
terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk
menilai sesuatu atau memberi padangan pada suami,
tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau
melawan kata suami.Pernah salah seorang isteri
Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya,
katanya: “pergi kata kan pada Rasulullah bila engkau
berjumpanya nanti: aku berlindung dengan Rasul.”
Sedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan
Allah!

Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah
mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat
luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah
ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu
untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian
Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian
itu berat sebelah.Atas kebijaksanaan Rasulullah, uamt
Islam patu juga pada perjanjian itu kerana dalam
jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang
Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy
Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan
terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke makkah.
Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada
masa itu.

Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun
berikutnya. Sedangkan merak terlalu rindu Baitullah
hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat
mencukur rambut dan menyembelih binatang korban,
mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah
memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya.
Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semau
sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.

Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa
mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah
suaminya.Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang
cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja
masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia
boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat,
merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba
boleh setakat kemampuannya.

Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang
cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa
faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat
mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena
kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan
layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk
suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita
kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai
pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat
macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri
yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan
perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak
mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari
tugas sebagai isteri.

Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi
dalam memahami perjuangan suami di luar rumah.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. ima,betul2 akak setuju ngan article kat atas ni.anyway,bila korang nk balik malaysia??nak tgk 2nd baby u olss..jeles ler korang dh ada gurl.hihihi..

    BalasPadam