RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang
isteri yang bermuka
muram
di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah
hingga ia dapat
membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon
kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri
kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang
sebenarnya
dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan
suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu
berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta
memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan
suami. Justeru,
apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk
dengan penuh
hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta
meminta maaf,
walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada
hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami
bersalaman
dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah
jari mereka
berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk
selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa
kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi
pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika
cukup sempurna
layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan
menjadi penghibur
dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk
menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia
dan taat kepada
suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh
memintakan ampun
untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya,
iaitu burung-burung
di
udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama
dia sentiasa
dalam
kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka
banyakkan mencari
keredaan Allah melalui keredaan suami.
Isnin, 16 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan