Rabu, 25 Mac 2009

Balik kampung....oooo balik kampung...oooo..

Salammmmm.....15hb 3.2009 hari ahad, jam6.30pagi kami bertolak dari rumah nk ke Tokyo, aku kemas barang semalam lagi..yela nk berangkat awal pagi ni kenalah kemas barang awal2...yg xtahan nya siap bawa bekal lagi tu...masa perjalanan ni mana ada kedai2 makanan halal..memg kena bawa bekal untuk makan,bekal kami nya roti cinnimon roll ngan nasi hujan panas hehehehe...rajin nya la ye...ayam goreng berempah ngan kari....Fauzan nagn Fatin najwa aku kejut kan diorg...bagi mandi...baru best ckit nk tido dalam kete, anak2 kami ni senang je bangun pagi...dah memg depa selalu bangun pagi2 ni....Fauzan la..paling suka sebab dia tahu kami nk jalan jauh...

perjalanan kami mengambil masa 9 jam...kami ikut jalan bawah...klu naik higt way 4jam boleh sampai.....tapi memg kami rancang nk ikut jalan bawah...tengok pemandangan cantik kat jepun ni....memg berbaloi...sungguh cantik pastu banyak tempat perhentian (macam kat msia R&R tu) kira puas hati la....kami rasa macam nk balik Kelantan la pulak....hihihi, walaupun kami ikut jalan bawah...memg seronok..tapi yg penat nya abang la...dia pertama kali drive kat jepun ni...balik kampung ke Ichikawashi memg penat aku tengok abang...dan abang xmengantuk pun...tu..kira betul2 seronok tu...yela...dulu masa kat msia klu nk balik kampung mesti abang akan mengantuk dan berhenti kat mana2 R&R untuk abang tido sekejap...tapi kali ni..cukup berbeza....haaa.....abang best sangat ke bawa kete wish ni????....sebenaranya abang kata..sebb rasa seronok nk jumpa kawan2 lama kat Green heigth n Gyotoku, tempat kami mula2 sampai kat Bumi Jepun ni.....dan kawan kami kat rumah Nilai Impian...kami dah lama kenal...pulak tu abag satu jabatan kat Agensi Nuklear...kami jg sama2 beli rumah kat Nilai tu...memg jiran betul2 la...diorang sampai kat jepun ni bulan10 tahun lepas....tu kawan baik kami....Thanks k.ct nagn A.wan layan kami cukup baik sekali...kita dah jadi macam adik-beradik ye....A.wan tu satu opis nagn abang.

waktu kami sampai kat Tokyo, a.wan nagn k.ct x putus2 tepon kami bila nk sampai?....yela...xsabar nk jumpa la...hati aku memg seronok sangat sebab nk jumpa k.ct....nak nangis pun ada...punya la..seronok nk jumpa kawan baik....sebenarnya....kami dijemput untuk ke majlis BBQ kat Green Height,ichikawa ono, jadi kami terus ke sana.....bila kami sampai je....diorang sambut kami....fuh!.. masa tu rasa macam tetamu terhormat pun ada...ihihihihi...Thanks untuk warga green height....masa tu aku jumpa k.ct.....seronok sangat2...kami pun borak2 macam2 cerita la, majlis BBQ tu depa buat untuk majlis perpisahan untuk k.ita,cik lee nagn anak2nya yg dah nk balik msia, k.ita dah pun selamat ngan perjuangan master dia....good luck k.ita...nanti kita jumpa kat msia pulak ye, kat sama ramai student kita ddk dalam 7 family jg la...semua yg tinggal kat green height tu di bawah JPA, malam tu kami tido kat rumah k.ct nagn a.wan....depa layan kami sungguh istimewa.....macam duk hotel....arigato gozaimai....

selama kami bercuti di Ichikawa ni...banyak aktiviti yg kami atur kan..dan banyak jemputan makan di rumah kawan2 kat tokyo.....aktiviti kami agak penuh.....kira memg berbaloi la...kami bercuti kali ni.....seronok dapat jumpa kawan lama, kami memenuhi jemputan ke rumah Dr Tuan Syed Nahar dekat2 shibuya.....memg dalam bandar Tokyo....kami gi nagn family k.ct, rumah kawan2 lain ialah rumah Sazali k.na, rumah Mizan k.ros , Rumah Rosli k.ani, rumah K.Saloma(gyotoku) nagn k.Zizan(Ggyotoku)

kat Gyotoku kami tido rumah Farah....dia balik msia sebab nenek dia meniggal dunia....thanks farah bg kami tumpang tinggal kat rumah farah 4malam,bila duk kat rumah Gyotoku....rumah k.saloma la....tempat kami borak2.....masa tu la dapat jumpa k.zizan, kawan yg lain ialah k.has, k.izatul ngn johan, khalid, k.na sazali dan k.azwin n isa.

pada hari selasa pagi kami gi Nippori....untuk beli kain cotton....org kata kain cotton jepun ni lain ckit....klu kat msia kain cotton jepun mahal....aku ni bukan tahu sangat pasal kain2 cotton ni....aku nk beli kain ni untuk omiyaget (hadiah) kat org2 msia....bila balik msia nnti....tu je la yg aku boleh beli barang kat jepun ni....hhihihi, lepas gi Nippori tu kami singgah kat Akihabara....nak makan nasi beriani kat kedai sharimar......kedai pakistan......kedai ni dulu selalu kami pegi setiap sabtu ahad....so...dapat la...lepaskan rindu kat kedai ni
.

Hari rabu....abang ada temu janji nagn kawan dia masa kat UUM dulu....pastu abang ada hal kat Embessy msia.....aku ngan anak2 duk kat rumah farah je......aku makan nasi kat rumah k.saloma nagn k.zizan.

Hari khamis kami gi Costco nagn k.ct n a.wan.....ni tempat kami nk beli-belah....sama je mcm kat msia costco ni....tapi kat cni ken ada kad masuk....a.wan n k.ct depa memg ada kad tu yg nk sangat gi.....kami pun borong banyak2.....sampai terlebih bajet..nya, dulu kami ada kad coscto tu tapi dah tamat tempohnya....setahun je..klu kami nk memperbarui kena bayar 4400yen, abang kata xberbaloi pun kami buat baru...yela turun tokyo setahun sekali....lain la klu memg duk kat tokyo.....so kami ajak la family k.ct gi costco, lepas tu kami gi makan tengah hari kat kedai Tika kat Gyotoku.....dulu masa kami duk kat gyotoku selama setahun...kedai tu xletak pun tanda halal kat depan pintu dia....baru tahun ni ada tanda halal kat kedai tu.....kawan2 kata dulu tuan punya kedai ni org lain...so sekarang baru tuan kedai tu org Islam, tempat kedai tu jg la...geng msia buat makn tengahhari setiap hari jumaat....bila lepas solat Jumaat....ramai student msia gi makan kat kedai Tikaa tu.....fuh!.....untung kedai tu.....dapat sambutan dari org2 msia ni.

Hari sabtu pagi kami bertolak untuk balik ke Nagaoka semula.....
JUTAAN TERIMA KASIH PADA KAWAN2 YG MELAYAN KAMI SEPANJANG KAMI BERCUTI DI TOKYO......SAYONARA......

Jumaat, 13 Mac 2009

Makan soba nagn tengok ikan...

Assalamualaikum.....setelah sekian lama ku xtulis dlm blog ni....hari ni rasa ada masa ckit nk karang2 letak dalam bolg ni.....maklum la...asyik xsempat je nk tulis2 ni...sibuk nagn Fatin najwa tu...dia sekarang ni cukup manja....xleh tinggal sikit terus nangis....hihihihi..geram pun ada...sabar je la..walaupun ada ayah dia pun sama...sekejap je main nagn ayah...pastu terus cari ibunya...tapi oklah sekarang ni abang tagh cuti....cuti lab je....tapi abang kadang2 dia gi juga...yelah...nk membaca nk siap kan zemi (perbentangan kertas kerja)...klu abang duk rumah je...aku pulak kesian kat dia...sbb abang belajar...fikiran nya mesti ingat pada pelajaran je.....

hari sabtu lepas....kami gi makan soba nagn udon tempura kat Ojiya....abang Mus ngan k.Naha ajak kami gi makan....abang apalagi klu bab makan kat luar bersama aku nagn anak2..dia cukup suka...abang ni seorang yg penting kan family dia...anak2...cukup ambil berat bila kami keluar makan bersama....yela...hari bersama keluarga...kat kedai tu jugalah......kami jumpa nagn k.Wan, suami Anuar, Yaya ngn Hidayah, udon tempura dia lain betul...nagn aku makan kat Tokyo dulu...yang lain tu..sup je..hehhehe....tapi ok la....hhhmmmm...kat Nagaoka ni ada la...juga tempat kami boleh makan kat kedai jepun ni....cuma xde kedai pakistan je....itu kat Niigata ada...

lepas tu..kami pakat ramai2 gi tempat ikan ni...fuh!...cantik betul ikan tu...bayaran masuk tu seorang 500yen...makanan ikan 100yen, Subhanallah...cantik betul ikan tu...klu kat Msia kita biasa tengok yg kecil je....tapi tempat tu...besar iak nya...ada la..setinggi Fauzan rasanya...klu kat Msia..org cina suka betul ikan ni...buat pameran...,Fauzan...aku tengok suka betul dia bagi makanan kat ikan tu...mulut dia bising je...yelah..macam2 dia tanya ayah nya.....biasa la budak dia nk tahu semua benda...macam pemberita la mulut nya.

oklh..gambar tu nanti ku letak kat slide....fatin najwa dah nangis pun..baru nagn dr tido...Fauzan nagn ayah gi Surau Halal House....

Khamis, 5 Mac 2009

Untuk Isteri-isteri.....

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya.
Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna..
selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan
mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila
dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya.
Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya
dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta
kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana
anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu.
Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika
tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur.
Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.


7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya,
jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda,
gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,
suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan,
kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda.
Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya
atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda
Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan
anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks.
Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.
Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia
diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera,
sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu.
Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai,
sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,
melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda
kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan
sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata
'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan.
Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar,
kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama
keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian,
teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting,
hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian